
ridzuanshaa
5 tahun
Sakit kepala, loya Dan sakit tengkuk
Saya kerap pening kepala dan selalu loya… Dan susah tidur malam akibat sakit dibelakang tengkuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala disertai loya dan sakit tengkuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah tinggi
- tension type headache
- migraine
- cluster headache
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.