
Khairi
6 tahun
Sakit kepala masa bangun pagi & berdenyut-denyut
Assalam doktor. Kalau sakit kepala setiap kali bangun pagi, kepala berdenyut denyut, kenapa ya? Perkara ni beri kesan kepada selera makan, sakit pinggang tengkuk ke?

6 tahun
Hai, selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.
Migraine ialah penyebab utama sakit kepala, terutamanya dalam kalangan wanita muda. Mereka akan mengadu kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan Cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman. Cara merawat migraine ialah dengan mengelakkan semua perkara berisiko di atas, mendapatkan rehat secukupnya, dan diet yang seimbang. Jika ini tidak berkesan, ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh digunakan.
Untuk tension headache, ia adalah sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala. Kebiasaanya ia tidak seteruk cluster headache. Cluster headache adalah sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kedua-dua sakit ini memerlukan ubat tahan sakit untuk merawat sakit kepala.
Untuk kes anda, saya boleh nasihatkan anda untuk mengambil paracetamol jika merasa sakit kepala dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat, seperti diet yang seimbang, elakkan makanan berkafein, berhenti merokok dan bersenam.
Pastikan juga anda mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta meminum air dalam kuantiti yang disyorkan.
Namun sekiranyan perkara ini berlarutan dan mengganggu anda secara fizikal dan emosi, anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Sekian, semoga bermanfaat dan selamat berjaya.

6 tahun
Waalaikumussaalam dan salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan yang diberikan.
Terdapat beberapa jenis sakit kepala. Antaranya adalah migrain, ‘tension headache’ dan juga ‘cluster headache’.
Migrain adalah sakit kepala yang berlaku dengan kerap dan ia berlaku pada bahagian sebelah kepala sahaja. Sebelum migrain, aura mungkin berlaku di mana terdapat perubahan sensori penghilatan seperti melihat panahan cahaya dan rasa kebas pada bahagian muka. Simptom migrain yang lain adalah muntah, loya dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya. Ia boleh dicetus oleh faktor-faktor seperti stress yang tinggi, alkohol dan kopi, keju, kurang tidur dan perubahan hormon.
Tension headache pula adalah sakit kepala yang paling biasa terjadi. Terdapat rasa sakit pada bahagian kulit kepala dan dahi. Selain itu, sakit tension headache adalah seperti terdapat getah yang besar pada kepala. Dalam pada itu, rasa mencucuk daripada soket mata adalah biasa. Penglihatan juga boleh menjadi kabur. Ia boleh dicetus oleh sakit mata akibat penggunaan mata yang lama, alkohol, rokok dan juga kaffein.
Cluster headache pula berlaku pada sebelah sahaja, sakit pada bahagian mata dan kebiasaannya menyebabkan bangun pada waktu malam selepas tidur selama 2 jam. Sakit boleh bertahan daripada 15 minit sehingga tiga jam. Saya ingin mencadangkan agar anda berjumpa doktor. Sebelum itu, sediakan diari sakit kepala merangkumi waktu ia bermula dan tamat, tempoh masa dan akitivti yang anda buat pada waktu tersebut. Doktor akan membincangkan dengan lebih lanjut rawatan yang sepatutnya.

6 tahun
Hai dan salam sejahtera untuk anda. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Migrain antara sakit kepala yang kerap berlaku kepala dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila pesakit mengalami sakit kepala pada sebahagian kepala sahaja dan berlaku dengan kerap ianya dinamakan migrain. Banyak faktor dikaitkan dengan migrain, misalnya:
- Perubahan hormon (seperti yang diterangkan di atas) di dalam badan
- Kekurangan tidur
- Rasa loya
- Merokok
- Bau yang menyengat seperti pewangi atau bau sampah
- Perubahan emosi
- Kemurungan
Terdapat beberapa jenis makanan yang telah dikenalpasti akan menyebabkan serangan migrain sepertu kafein, pemanis tiruan, Monosodium Glutamate, keju yang telah lama dan buah-buahan yang mempunyai citrus. Selain sakit pada sebahagian kepala, pesakit migrain akan sering mempunyai simptom rasa loya dan muntah-muntah. Mereka akan lebih sensitif terhadap bunyi yang kuat dan juga terhadap cahaya. Serangan migrain boleh berlaku dengan hanya kurang dari sehari sehingga 3 hari. Sila berjumpa dengan mana-mana doktor atau hadir ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Terima kasih.