
Sulit
3 tahun
Sakit kepala membawa beberapa simptom
saya wanita dalam 20 -an, sejak kebelakangan ini, saya megalami sakit kepala dia bahagian sebelah kiri kepala yg kadang2 memberi kesan kepada sebelah kanan dan bahagian mata saya diikuti dada saya terasa sesak nafas. apabila berlaku seperti ini saya akan cuba mengeluarkan angin dari badan dengan minum air berkarbonat. tetapi 2 hari lepas saya mengalami simptom yang sama dan saya mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan angin dari badan sehingga ia menjadi teruk apabila saya muntah beberapa kali, angin tersekat dan saya berasa sesak nafas. simptom in kadang-kadang akan berlaku kepada saya. Haruskan saya melakukan konsultasi dengan pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda sakit kepala yang sering melibatkan mata selalu berlaku akibat migrain. Jika anda tidak pernah diberi diagnosis ini, mungkin anda perlu mendapatkan diagnosis ini daripada doktor anda atau pakar kami secara atas talian.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .
Manakala sesak nafas, sakit dada dan muntah-muntah mungkin kerana sakit yang berlainan. Antaranya adalah:
- Refluks asid
- Radang perut atau usus ( gastroenteritis )
- Keracunan makanan
- GERD ( gastro-esophageal reflux disease )
- Asma
- Sakit jantung
Walaubagaimanapun, diagnosis terperinci tidak dapat dibuat kerana tiada perincian simptom, sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal serta keputusan ujian klinikal. Oleh itu, kami sarankan untuk bercakap dengan doktor anda atau pakar kami secara atas talian agar rawatan lanjut boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.