
Sulit
4 tahun
Sakit kepala menyucuk-nyucuk pada bahagian belakang kepala
Sy lelaki berumur 43 tahun. Sy sering merasa spt di cucuk2 di kepala terutama bahagian kiri kanan belakang kepala saya. Kadang ada jyga rasa menyucuj2 di bhgian tgh kepala. Juga rasa tegang pada bagian dahi leher dan bahu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang sakit kepala mencucuk tersebut. Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Tegang pada leher dan bahu juga memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan yang lanjut dari doktor, untuk mengenal pasti apakah ia terkait dengan gangguan sakit kepala atau sebaliknya suatu gejala gangguan otot yang berasingan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami. Saya juga berharap anda akan mematuhi rawatan migrain dan pemaikaian kaca mata mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh doktor dan optemetris anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala
Namun, informasi yang telah diberikan hanya pengetahuan umum sahaja. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.