
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, mual, sakit tengkuk, sakit bahagian mata
Hi saya bella berumur 20 tahun dan saya mempunyai migrain. pada mulanya ia tidak kerap berlaku tetapi sekarang ia makin kerap dan saya mula risau. kadang kadang seminggu, lebih dari dua ke tiga hari dan ia berlaku secara berterusan dan sakit ini membataskan saya untuk melakukan apa apa. kepala saya kerap berdenyut denyut sakit itu pada skala 6/10 maybe. simptom lain ialah saya kerap mual, belakang tengkuk sakit or berdenyut, dan sakit di bahagian mata paling mengganggu saya. kalau ia berlaku saya mula rasa terganggu or sensitive terhadap cahaya dan orang sekeliling. one more thing jika saya baring / duduk kemudian nak bangun saya akan rasa pitam atas sakit yang teramat dan pada masa yang sama jika saya duduk atau baring ia masih sakit dan saya sangat tidak selesa kerana semua posture tidak dapat mengurangkan kesakitan. dulu saya makan ubat migrain tetapi ketika di uni saya lupa untuk bawak ubat dan ganti kepada panadol 650. dulu panadol tersebut dapat mengurangkan kesakitan itu tetapi sekarang ia mengambil masa yang lama untuk melegakan sakit itu. and now i tak makan ubat apa apa dan setiap kali berlaku sakit itu akan membuatkan saya sehingga menangis. so i just need your opinion if its just normal then okey but if worst i think i need to go check up. Thank you doc I really appreciate your help. have a good day !

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala merupakan gejala yang sangat lazim berlaku. Melalui penerangan anda di atas, berkemungkinan anda mengalami migrain.
Untuk masalah ini, anda boleh mengambil ubat paracetamol atau ubat tahan sakit lain yang boleh didapati di farmasi untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Selain itu, sekiranya terdapat sebarang faktor yang boleh menyebabkan sakit kepala atau memburukkan lagi keadaan, amat disarankan untuk anda mengelakkan hal tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.