Anonymous
6 tahun
Sakit kepala, mudah letih, tangan sejuk, kadang2 macam keliru apa yg berlaku, bangun dripada posisi lain terasa nak jatuh
assalamualaikum doctor, saya pelajar tingkatan 5. Saya amat pelik dgn diri saya yg selalu pening dan cepat letih. Kadang2 baru jalan sikit dah mcm penat dan tangan dan kaki sejuk. Sakit dada mcm kena cucuk dan senak pun kadang2 ada. Kalau saya rasa mcm ni saya cuba tahankan diri dan cuba happykan diri. Hujung tahun baru saya kesempatan untuk buat medical card dan buat rawatan sendiri, buat masa sekarang saya cuma amalkan guru sains saya ajarkan iaitu minum susu. Saya selalu terfikir yg saya anaemia tapi ada orang kata badan besar takkanla anaemia. Jadi saya pun mendiamkan diri sahajalaa. Sometimes saya hanya duduk diam dan tiba2 jantung saya berdebar dan nafas sukar ditarik dan kemudian mulalah tangan dan kaki sejuk malah muka pucat dengan pening. Maaf doktor kalau terpanjang sangat, terima kasih kerana ada web yg sgt bagus ni. Saya harap sgt doktor balas .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan kami. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!




























