
Sulit
3 tahun
Sakit kepala muntah badan tidak stabil
Saya hairi umur 23…saya lately kerap sakit kepala dan muntah apabila saya berjalan sedikit sahaja terus badan tidak stabil dan terus muntah …kenapa ya dokter

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut keterangan anda, anda ingin mengetahui berkenaan sakit kepala yang kerap di alami dan disertai gejala badan tidak stabil dan muntah. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit kepala yang disertai gejala ketidakstabilan badan, mual dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- gangguan pada telinga
- motion sickness
- migrain
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor selanjutnya seperti:
- vertigo
- vestibular migraine
- meniere’s disease
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.