
ejaiza
5 tahun
Sakit kepala,nafas tidak lancar dan sakit dada
Saya lelaki berumur 42 tahun…alami sedikit kesukaran bernafas…sakit di bahagian dada dan sakit kepala di bahagian atas mata kanan…pernah ada sejarah perjalanan ke singapura…perlukah saya membuat saringan covid 19?..

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Bagi masalah sakit kepala, sukar bernafas dan sakit dada, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- anemia
- jangkitan paru-paru (pneumonia)
- jangkitan virus influenza
- tuberculosis
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini