
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, panas di bahagian muka dan kaki berserta panas dlm mulut
saya ingin mengajukan soalan kpd Dr…kepala saya kdg kala di serang sakit yg mencucuk di sesetengah tempat…kaki terasa panas…mata pedih dan mulut rasa panas dibahagian terutamanya dibahagian lidah…suhu badan bawah 37 degree cal.(tak demam)…hidung berair…simptom apakah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. maka, sukar untuk pihak saya memberikan diagnosa mengenai masalah anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah masalah yang sangat kerap berlaku dan kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami masalah seperti berikut, disarankan untuk anda mendapatkan pemeriksaan lanjut. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Manakala, bagi masalah mata anda, ianya berkemungkinan disebabkan oleh:
- Conjunctivitis
- Glaukoma
- Penggunaan kanta sentuh
- Trauma kepada bebola mata
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.