Sulit

4 tahun

Sakit kepala pelajar yang sangat melampau

Saya pelajar tingkatan 5 2021dan masih bersekolah. Saya mengalami sakit kepala yang agak teruk dan telah berterusan selama 5bulan.Sy pernah pergi berjumpa dgn dc sebanyak 3 kali. Yg pertama doctor beri ubat tahan sakit voren dan panadol yg tinggi mg. Kali ke dua doc bg ubat migraine untk percubaan kerana dia suspek saya migraine atau kanser otak. Pada permulaanya saya cuba amik ubat tersebut sakit kepala beransur tetapi sakit kepala kembali semula. Saya tidak makan apa2 ubat kerana takut salah ambil. Sakit kepala ini sentiasa kena dan susah nak hilang. Sakit kepala kebiasaanya terjadi apabila saya bgn tidur atau ketika saya baring di atas katil dlmn tempoh yg lama. Penglihatan saya tidak kabur tetapi penglihatan saya agak pelik sedikit.cth nya dulu saya boleh membaca jika buku itu terbalik atau dgn posisi x betul tetapi sekarang tidak boleh kerana kepala saya amat sakit. Kawan-kawan dan guru bnyk tegur ttg berat badan saya yg makin menurun dan muka saya agak cengkung.Sebelum ini berat bdn saya 85-90kg tetapi kini berat saya turun mendadak kepada 71 kg.Saya perasan yg amaun yg saya makan makin berkurg dan saya mudah kenyang tetapi kalau makan dengan amaun yg sebelum ini, saya akan muntah. Saya tiada sejarah kanser otak tetapi kanser jantung. Tiada ahli keluarga merokok dan sering makan makanan yg berkhasiat.Soalan saya adkah sakit kepala ini berkaitan dgn berat bdn saya sedangkan saya tidak mengamalkan sebarang diet tetapi berat bdn saya berkurg dgn sgt bnyk?Adakah berkaitan dgn hidup saya sebagai pelajar dan apa saranan doktor?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak serius, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.

Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan

  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
  • Migrain
  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)
  • Gangguan vaskular

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera

Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur tiba-tiba
  • Pitam
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Saya juga menyarankan anda untuk meneruskan rawatan yang telah diberikan terlebih dahulu, sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.

Inginkan bantuan yang lebih komprehensif? Doktor Pakar Saraf kami sedia membantu

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

pic%20-%20headache

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)