
Sulit
5 tahun
Sakit kepala & pening kepala berlarutan
Assalamualaikum/ salah sejahtera, sy berumur 34 tahun dn sering mengalami sakit kepala iaitu migraine di sebelah kanan kepala. Bermula januari 2019 tahap kesakitan yg sy alami sgt teruk shgga ubt tahan sakit yg diberi oleh doc di klinik, d kecemasan hospital tdk dpt berkurang. Sy telah dirujuk utk melakukan ct scan dn hasil nye adlah oke. Doc telah memberi ubat2 an. Ttp stp bulan masih lg skit kepala cuma tahap kesakitan kurang berbanding januari. Pada 2-3 bulan kebelakangan ini sy sering pening kepla, tdk balance, dn sering demam on off dn gastrik. Sy semakin tertekan dgn tahap kesihatan yg tdk memuaskan. Hb sy sekitar 12.2-12.3 dn tdk terlalu rendah. Adakah ia menjadi faktor mngapa sy sering pening? Adakah sy perlu lg mengikuti temujanji utk sakit kepla trsebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jika anda kemalangan, anda seharusnya terus ke hospital bagi memastikan tiada kecederaan dalaman atau tambahan. Anda dinasihatkan untuk terus ke hospital dan ceritakan permasalahan anda agar tindakan lanjut boleh diambil. Setiap kali kemalangan, terutamanya kemalangan jalan raya, terus berjumpa doktor dan jangan merasakan kecederaan anda kecil kerana mungkin ianya membahayakan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.