terry

7 tahun

Sakit kepala, pucat, adakah kanser otak?

Doktor,saya berumur 16 tahun,saya mula berasa sakit kepala sejak minggu lepas. Sakit kepala ini kerap berlaku jika saya menghafal sesuatu yang perlu dihafal. Rakan saya berkata mulut dan muka saya pucat dan selalu nampak letih. Saya makan panadol tetapi tidak berkesan. Saya mengambil masa yg cukup untuk tidur tetapi tidak berkesan. Sakit kepala masih ada. Semasa saya sedang belajar kepala saya berasa sangat sakit. Saya risau jikalau ianya disebabkan oleh kanser otak. Tolong beritahu saya keputusan yang sebenar doktor.

Terima kasih atas persoalan anda. Adalah jelas bahawa anda bimbang tentang keadaan anda. Seperti yang anda telah menyatakan bahawa anda berusia 16 tahun dan kerap mengalami sakit kepala semasa menghafal sesuatu menunjukkan bahawa anda mengalami banyak tekanan semasa membelajar. Remaja seperti anda menpunyai peluang yang tinggi untuk mengalami sakit kepala yag disebabkan oleh tekanan. Biasanya sakit kepala jenis ini boleh dirawat dengan panadol tetapi anda telah menyatakan panadol tidak berkesan untuk anda. Anda boleh merawat diri anda dengan ubat NSAIDs seperti aspirin.

Migrain adalah skait kepala yang selalunya mempunyai ciri-ciri sebagai berdenyut- denyut dan ia selalunya berlangsung untuk masa yang lama. Selalunya dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya satu hingga empat kali sebulan. Selalunya seseorang mengalami migrain kerana terdapat pencetus yang tertentu. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom yang lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh dirawat dengan ubat yang dikenali sebagai triptans. Panadol biasanya tidak dapat merawat migrain.

Selain itu, terdapat juga sakit kepala kluster yang juga mempunya sakit yang berdenyut-denyut dan sakit yang menusuk di bahagian belakang atau sekitar satu mata. Sakit kepala kluster juga boleh menyebabkan kelopak mata menggelembung, mata merah dan lubang hidung di sebelah yang terkena menjadi tersumbat. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 2 minggu hingga 3 bulan. Setiap serangan sakit selama 15 minit hingga 3 jam. Oleh itu adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan mengetahui mengenai keadaan anda supaya anda dapat merawat keadaan anda dengan berkesan.

Terima kasih di atas pertanyaan anda. Sakit kepala adalah masalah kesihatan yang sangat biasa dan boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Sakit kepala yang utama adalah idiopatik, yang bermaksud penyebabnya tidak diketahui. Sebagai contoh, migrain, sakit kepala tension dan sakit kepala cluster. Sakit kepala sekunder biasanya merupakan gejala amaran masalah kesihatan yang lain, seperti tumor di dalam otak atau tekanan darah tinggi.

Bagi saya, saya memerlukan maklumat terperinci tentang sakit kepala seperti lokasi, adalah satu-sisi atau dua sisi, tahap kesakitan, sifat kesakitan seperti menusuk atau berdenyut-denyut dan gejala-gejala lain seperti loya dan muntah, sensitiviti yang meningkat kepada bau, cahaya atau bunyi dan berapa lama sakit kepala itu bertahan.

Oleh kerana ubat panadol yang anda ambil tidak berfungsi, cuba beberapa langkah ini. Pertama, anda perlu menyimpan diari sakit kepala dan tunjukkan kepada doktor anda dalam pelantikan seterusnya. Pastikan anda mempunyai corak tidur biasa. Pengambilan keju, wain dan coklat perlu diambil dengan berhati-hati, dengan mengambil kira bahawa mereka boleh mencetuskan sakit kepala. Perubahan gaya hidup seperti latihan yoga untuk menangani tekanan mungkin membantu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)