Sulit
6 tahun
Sakit kepala, rasa tegang dan loya
Saya berumur 23 thn dan mengalami sakit kepala yg berlarutan sejak 2 minggu lalu. Pada mulanya saya rasa sakit ketengangan di dahi saya. Tak lama kemudian turut marasai kesakitan itu di belakang kepala saya dan sejak kebelakangan ini saya mulai rasa loya dan badan merasa lemah membuatkan saya rasa nak baring saja sepanjang masa. Perlu ke saya mengambil panadol actifast buat masa ini? dan yg perlu saya lakukan sekiranya ia tidak berkesan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sakit kepala tegang - akibat stres, jerebu
- Migrain - pencetus seperti kafein, keju, coklat
- Jika wanita - perubahan hormon
- Darah tinggi
- Anemia (kurang sel darah merah)
Anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti panadol bagi melegakan kesakitan kepala yang anda alami. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































