
Sulit
5 tahun
Sakit kepala, sakit gigi, dan kadang sakit tekak sejak sebulan lebih da sakit tekak nie
saya sakit kepala knapa doctor disebabkan ape… bahagian manta sane sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah masalah yang lazim berlaku dan selalunya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai punca sakit kepala anda kerana maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Namusn, sekiranya anda juga mengalami masalah seperti yang berikut, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.