
Sulit
4 tahun
Sakit kepala,sakit tengkuk,sakit kanan dan kiri kepala,sakit di bahagian belakang mata dan telinga berdesing
Saya lelaki dalam lingkungan 30 an.Dalam masa sebulan ni saya rasa sakit kepala,sakit tengkuk,sakit bahagian belakang kepala,sakit kepala kanan dan kiri,sakit dibahagian belakang mata,telinga berdesing dan bahagian dalam telinga rasa menekan nekan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih