Anonymous
6 tahun
Sakit kepala sebelah kanan bhfian hadapan
Saya merasa sskit kepala di sebelah kanan bhgian depan…terasa senak smpi terasa ke mata…minggu lepas saya rasa sakit smpi tertido 2 hari…sakit ni dh 3 bulan mgkin dan minggu lepas hmpir seminggu sakit x hilng
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala berpanjangan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Secara am nya, untuk mengurangkan kesakitan ini, anda boleh melakukan beberapa perkara ini :
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk memeriksa mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan doktor sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.


































