ainsholehahshuhada
6 tahun
Sakit kepala sebelah kanan sahaja
Sehari dua ni saya selalu sakit kepala… Tapi sakit kepala saya hanya disebelah kanan sahaja… Dan sakitnya sampai ke bahagian belakang… Kadang kadang tu sakit sampai ke leher… Yang paling sakit adalah dibahagian kanan betul betul atas telinga… Bila saya picit picit kepala… Adalah kurang sikit… Lama lepas tu sakit balik… Macam mana ya doktor?? Saya sakit kepala yang macam mana ye doktor??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Secara ringkasnya, sakit kepala terbahagi kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer ( bukan disebabkan masalah kesihatan yang lain) dan sakit kepala sekunder(masalah kesihatan seperti jangkitan kuman atau virus dan tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan atau pendarahan subaraknoid)
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kanan tersebut. Antaranya:
- Sakit kepala migrain
- sakit kepala tegang
- Sakit berpunca daripada leher
- Sakit akibat kecederaan pada leher atau kepala
- Sakit akibat postur yang salah ketika berbaring duduk atau berdiri
- Masalah tidur yang terganggu menyebabkan anda tidak cukup rehat dan sakit kepala apabila bangun
Sakit kepala biasanya adalah masalah yang tidak serius dan boleh dirawat. Namun jika anda berasa bimbang, rutin harian anda terganggu disebabkan masalah ini, atau mengalami simptom yang lebih serius seperti muntah-muntah, pengsan atau masalah pengelihatan, sila rujuk perkara ini dengan lebih lanjut dengan segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih


































