
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala sebelah kanan yang mencucuk
Saya wanita berumur dalam 20an… Saya sering sakit kepala… Trkadang saya cuma sakit pada bahagian sebelah kanan shja… Kadag trsa sgt sakit seprti mncucuk… Tp cma sekejap… Knapa sebenarnya ia trjadi…?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Secara ringkasnya, sakit kepala terbahagi kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sakit kepala sekunder. Sakit kepala primer adalah disebabkan sakit kepala kepala ketegangan, sakit kepala berkelompok dan serangan migrain. Ia bukan disebabkan masalah kesihatan yang lain.
Manakala sakit kepala sekunder pula disebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan kuman atau virus dan tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan ketumbuhan atau pendarahan subaraknoid.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.