
ctjamia84
5 tahun
Sakit kepala sebelah kiri atau migrain ketika datang haid
saya seorang ibu yang masih menyusu bayi umur 8bulan…masalah sy doktor semenjak sy dtg haid dan harini hari ke8 dtg haid dan masih sakit kepala sebelah kiri…mula2 tu migrain pastu tdk hilang sehingga sakit sebelah kiri berlaku…apa perlu saya buat…boleh ke saya makan ubat sedangkan saya masih menyusu badan…tq dok.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara faktor pencetus migrain andalah:
- Perubahan hormon pada wanita seperti sebelum haid, ketika haid, menopause atau mengandung
- Tekanan emosi
- Perubahan pola tidur atau tidak cukup tidur
- Kurang rehat, keletihan atau stress
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan makanan tertentu seperti kopi
Bagi menguranglkan migrain, biasanya seseorang perlu berehat, jauh dari bunyi bising dan cahaya. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala. Sakit boleh dikurangkan dengan mengambil ubatan seperti paracetamol, jika masih berlarutan rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut dan ubat yang sesuai dengan keadaan anda yang menyusukan anak.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.