
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri dan sakit apabila disentuh sehingga tidak boleh sikat rambut
saya wanita berusia 33 tahum dan belum berkahwin. masalah yang saya hadapi ialah, kepala saya sakit sejak 10 tahun yang lepas (pernah terlibat kemalangan jalanraya, dan kepala saya terhantuk pada cermin kereta) selama 10 tahun, saya just ambil paracetamol 4-6 biji sehari atau kadang2 8 biji sehari. sakit kepala dibahagian kiri dan rasa sakit apabila disentuh, serta penglihatan jadi kabur dan rasa senak pada bahagian mata sebelah kiri (tidak sensitif pada cahaya atau bunyi, tiada rasa loya, tidur dalam gelap tidak reduce sakit).
saya pemakai cermin mata dan power cermin mata saya turun dari 300 kepada 150.
Dan sejak akhir2 ni, sakit itu semakin tak terkawal sehingga menganggu tidur. walaupun ambil 8 biji sehari, ia tak membantu rehat dan tidur saya. so saya ada berjumpa doktor baru2 ni dan doktor tersebut beri ubat migrain (caffox) kadar pengambilan 1 biji 3 kali sehari. namun ia tidak reduce masalah sakit kepala tersebut.
adakah sakit kepala saya ni migrain atau bukan. atau adakah kerana kesan kemalangan itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda disarankan untuk memberi informasi yang secukupnya kepada doktor anda, termasuklah kemalangan yang berlaku 10 tahun lalu. Ini juga boleh merupakan salah satu punca sakit akibat keretakan tulang kepala, kadangkala retak ini boleh memacak otak anda dan menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.