
clyn_cp
5 tahun
Sakit kepala sebelah kiri hingga ke mata
Saya mengalami sakit kepala sebelah kiri hingga ke mata. Rasa sakit tersebut seperti berdenyut-denyut dan rasa dicucuk-cucuk di bahagian kepala dan mata. Rasa kurang selesa, sedikit sakit apabila kawasan sekeliling mata disentuh. Gelaja telah berlarutan lebih kurang seminggu. Pada hari ke 4, saya telah berjumpa doktor dan diberikan caffox, meloxicam (melartin) dan vitbion forte. Tapi hanya menunjukkan sedikit perubahan. Adakah kemungkinan saya tidak sesuai dengan ubat tersebut? Apakah langkah-langkah penjagaan yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan sakit migrain? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Memandangkan anda telah mendapat diagnosis migraine dan telah diberi rawatan, terdapat kebarangkalian ubat tersebut tidak sesuai atau anda mengalami punca yang lain.
Bagi mengurangkan migraine, anda dinasihatkan:
- mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan migraine seperti cahaya yang terang, bunyi yang bising, makanan seperti chocolate, kacang dan sebagainya.
- anda juga perlu mendapatkan waktu tidur yang mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.