
rasyidilee
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri kepala
Saya berumur 24 tahun dan sudah 2 hari saya rasa sakit kepala sebelah kiri jika saya sentuh. Saya setiap hari mendengar lagu menggunakan earphone dan kadang-kadang mencuci telinga menggunakan cotton tips. Saya agak risau jika penyakit ini memberi mudarat kepada saya kerana saya seorang yang cepat rasa panik dan saya setiap hari makan panadol. Apa patut saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Migrain yang juga dikenali sebagai “ hemiplegic migrain ” dimana seseorang itu berasa pucat dan lemah tubuh badan seakan-akan diserang strok. Antara pencetus migrain adalah makanan seperti coklat, keju, kafein (dari teh atau kopi) dan pil perancang.
- Anemia (kuran darah merah)
- Dehidrasi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.