
nurinzaki_nz
5 tahun
Sakit kepala sebelah pada sebelah kiri dan kerap berlaku kebelakangan jngin
Saya wanita berumur 24tahun. Saya kerap sakit kepala. Dan sakit kepala saya hanya sakit pada sebelah sahaja. Kadang kala sakit pada sebelah kiri tetapi lebih kerapnya pada sebelah kanan. Sakit yg seperti mencucuk kepala saya. Pernah juga sakit yg berterusan selepas bangun daripada tidur dan pernah juga seharian saakit kepala sebelah yg berpanjangan. Kadang kala ianya hilang setelah saya makan panadol activefast. Tetapi tidak akan hilang sakit kepala apabila makan panadol biasa. Adakah sakit kepala saya hanya migrain atau sesuatu yg lebih teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches) PALING KERAP DIALAMI RAKYAT MALAYSIA
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.