
Sulit
2 tahun
Sakit kepala sebelah sehingga rasa tegang di leher
Saya wanita berumur 23 tahun. Mengidap migrain sejak umur 19 tahun. Akhir2 ini saya sering mengalami sakit kepala di sebelah kanan dan sakit itu menyebabkan rasa tegang di bahagian leher. Dan juga menyebabkan rasa lenguh di sebelah bahagian badan yang sama. Apakah nasihat dan pandangan doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Terdapat beberapa punca:
- Kehidupan Seharian:
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. - Kecederaan dan Kemalangan:
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.