
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala sebelah
Hi dr, sy brumur 29,lbh seminggu sakit kpla saya xhilang2, sakit kepala sebelah kanan, sy dah minum ubat painkiller tp x berkesan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala boleh disebabkan:
- Pendarahan dalaman otak
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Jangkitan dalam kepala
- Ketumbuhan/kenaikan tekanan dalam otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.