
fazilah970
5 tahun
Sakit kepala secara tiba2 dan berpeluh seluruh badan
Saya wanita berumur22 tahun saya mau tnya dalam beberapa hari ni saya sering sakit kepala secara tiba2 seperti mabuk dan sya kerap berpeluh seluruh badan sya apabila sya sakit kepala?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Dehidrasi - kurang minum air
- Migrain - pencetus seperti makanan, stres
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang sering dialami kebanyakan orang
- Tekanan darah - terlalu rendah atau tinggi
- Anaemia - kurang sel darah merah
Sekiranya anda mengalami gejala seperti pitam atau rasa hendak pitam, penat dan sesak nafas yang kerap anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.