
Sulit
5 tahun
Sakit kepala sehingga kabur mata
Saya wanita 31 tahun…sering sakit kepala sehingga penglihatan kabur…bebola mata rasa sakit seolah ditekan…kadang mata rasa pedih dan berair, kadang cepat lupa padahal benda baru berlaku cth letak barang kat mana…kalau ada orang tanya soalan kat saya kadang2 lambat respon sebab susah nak mengingat @ berkata-kata…agak2 apa masalah saya doktor? terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Memandangkan sakit kepala yang anda rasakan adalah disertai dengan gejala tambahan seperti penglihatan kabur dan masalah memori, adalah amat dikhuatiri sekiranya terdapat penyakit serius yang mendasari keluhan anda. Justeru, sebaiknya anda merujuk masalah ini ke doktor.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.