
Sulit
3 tahun
Sakit kepala sehingga ludah darah
Saya lelaki berumur 25 tahun dan saya mula sakit kepala sejak 2 bulan yang lalu. Pada awalnya saya fikir ianya cuma sakit kepala biasa sahaja kerana saya sering migraine dan ianya dalam kawalan yang baik. Tetapi ianya makin teruk apabila kerap kali saya bekerja saya kena sakit kepala yang kuat di bahagian atas depan kepala yang menyebabkan saya hilang focus dan mulut saya mula merasa seperti ada rasa yang seperti tak sedap, bila saya pergi untuk basuh mulut sebaik sahaja saya meludah darah sudah keluar tetapi keluar darah yang sikit sahaja lah bukan darah yang pekat dan banyak. Ianya selalu terjadi pada waktu puncak ketika kerja, kadang tu selepas saya makan sakit kepala sudah tiada. Sekarang ini satu hari saya sakit kepala dan darah tak keluar selalu cuma keluar selepas saya buat kerja berat. Setiap hari perkara yang sama berlaku. Jadi saya ingin tahu apa yang menyebabkan ini terjadi, apa perlu buat dan apa implikasi kalau dibiarkan. Tolong jawab soalan saya, saya sudah hantar soalan ni tapi tidak dijawab diarkan kosong shaja!!

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memhami bahawa anda beraasa bimbang tentang masalah sakit kepala. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
- Jangkitan otak (meningitis, encephalitis dll.)
- Masalah saluran darah otak
- Ketumbuhan di otak
- Trauma kepala
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.