Sulit
5 tahun
Sakit kepala selama beberapa hari sehingga rasa nak muntah kepala bedenyut2
hello doctor saya wanita yang berumur 28 tahun…saya nak tanya dlm 4 hari ni saya kerap sakit kepala sebelah…kdang malam rasa bedenyut smpai rasa mual…dan saya tidak mkn apa2 ubatan…saya cuma makan pil perancang 21 biji…adakah ini kesan dari pil yang saya makan tapi saya dah makan pil ni 4 pek…kesannya memang ada yang lambat ka mcm mana…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Buat pengetahuan anda, pil perancang mempunyai beberapa kesan sampingan seperti:
- Sakit kepala
- Kenaikan berat badan
- Loya dan muntah-muntah
- Perubahan mood
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Masalah sakit kepala anda juga boleh dijelaskan oleh beberapa masalah perubatan seperti:
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
- Sakit kepala disebabkan tekanan (tension headache)
- Jangkitan otak atau lapisan meninges
- Ketegangan otot leher
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian.Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































