
Sulit
4 tahun
Sakit kepala selepas accident
Hi doctor. Saya perempuan umur 22 tahun. Saya ada masalah sakit kepala belah kiri kanan atas dan belakang kepala. Dari tahun lepas saya asyik sakit kepala. Dah dekat 3 atau 4 bulan macam tu. Saya pernah accident sebelum ni tapi hospital tak buat check kepala. Lepas accident tu saya perasan atas kepala saya bila pegang rasa sakit. Sampai lah sekarang kepala masih sakit. Bila sakit tu saya nak tidur atas bantal pun terasa sakit di kepala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Sakit kepala traumatik menjadi masalah kerana ia boleh berterusan untuk masa yang lama sehingga setahun. Sakit kepala ini menjadikan sukar melakukan tugasan harian, sukar menumpukan perhatian dan juga hilang ingatan. Selepas kemalangan atau episod trauma, mungkin terdapat takungan cecair atau darah ataupun darah beku di kepala. Sakit kepala boleh menjadi dari sedikit ke sangat sakit.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.