Sulit
6 tahun
Sakit kepala selepas bangun dari tidur dan pembaringan
Saya, seorang wanita berumur 24 tahun. Saya sering mengalami sakit kepala apabila bangun dari tidur ataupun bangun daripada pembaringan. Kadangkala saya sampai rasa semua benda berpusing dan saya hampir pitam akibat dari itu. Apa masalah yang saya hadapi sebenarnya Dr? Mohon penjelasan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tension headache iaitu sakit kepala tekanan
- Migraine ataupun transformed migraine
- Cluster headache
- Cervical dysfunction adalah masalah sakit kepala yang berkaitan dengan leher
- Combination headache iaitu sakit kepala jenis kombinasi
- Arteritis temporal
- Sinusitis iaitu sejenis keradangan rongga tengkorak
Memandangkan sakit kepala dapat berpunca dari segala macam hal, pengubatan untuk setiap diatas adalah berbeza-beza. Justeru, bagi mendapatkan konsultasi doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































