
nurfarahim1991
5 tahun
Sakit kepala selepas d&c
Sy berusia 28tahun… Tahun lepas telang buang tumor pada pituitary… Selepas 5bulan operation, sy hamil dgn cara ambil suntikan hormon di klinik swasta… Lepas 6minggu sy mengalami pendarahan… 3minggu lepas tu terpaksa d&c… Selepas cuci kepala saya sakit sangat… Bila baring ok… Bila duduk terasa mcm kepala ni kene hempap batu… Walaupun cuba bertahan duduk lama sikit mengharapkan sakit tu kurang… Tp sakitnya berterusan… Bagaimana cara utk hilangkan sakit kepala ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menyelesaikan masalah anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda kerana beliau lebih mengetahui tentang keadaan kesihatan anda.
Berdasarkan maklumat yang terhad ini saya tidak boleh menjangkakan bahawa masalah sakit kepala anda terjadi kerana prosedur D&C itu sendiri atau dari masalah tumour anda yang lepas.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.