
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala Selepas Datang bulan
Saya berumur 27 tahun. Setiap bulan selepas habis period saya mesti akan sakit kepala. Adakah ini normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa penyebab sakit kepala yang menyerang anda:
- Migrain adalah salah satu simptom biasa yang dihadapi wanita ketika haid
- Sakit kepala ketegangan
- Keletihan
- Kurang rehat
- Pemakanan tertentu seperti kopi boleh menyebabkan sakit kepala
Dalam kes anda, ia mungkin disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon.
Sakit kepala biasanya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia boleh dirawat. Namun sekiranya ia menggangu kehidupan seharian, berlarutan atau disertai simptom seperti muntah-muntah, pitam dan sawan atau gejala lain yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Terima kasih