amanhepismile
6 tahun
Sakit kepala selepas demam panas
Saya lelaki berumur 30an dan diserang demam panas pada waktu malam ketika 3 hari yang lalu. Selepas demam saya reda, sakit kepala saya masih lagi belum pulih. Ia akan merasa sakit pada bahagian dahi dan di sebelah kanan kepala sehingga sakit di bahagian tengkuk dan juga bahu. Apabila di bawa baring, tunduk dan juga bangun, sakitnya masih juga sama di bahagian dahi. Boleh Doc terangkan dan cara perubatannya.?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain
- Jangkitan selaput otak -meningitis
- Tekanan darah tinggi
- Pendarahan dalaman otak/ketumbuhan
- Temporal arteritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































