
Sulit
3 tahun
Sakit kepala selepas makan ubat darah tinggi
saya berumur 33 tahun dan sekarang dalam pantang . semalam dan hari ni checkup diklinik mendapati bp sy tinggi . tetapi bila dirumah bp sy jadi normal . hari ni hari pertama doc suruh sy makan ubat darah tinggi bernama trandate tablets 100mg . tetapi selepas sy makan ubat ni , sy sakit kepala . adakah kesan sampingan dari ubat ini ? atau sy sebenarnya tak ada darah tinggi .

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang sakit kepala yang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- tekanan atau stres
- perubahan cuaca
- kurang tidur
- keletihan
- pengambilan kafein
- kesan sampingan ubat
- pemberhentian ubat secara mengejut
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- migrain
- tekanan darah tinggi
- jangkitan otak
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.