
Sulit
4 tahun
Sakit kepala selepas makan ubat tradisional adakah selamat untuk terus dimakan
hello doktor,saya ada mendapatkan rawatan secara tradisional dan debekal ubat selepas rawatan.apabila menelan ubat tersebut saya akan menjadi pening adakah ia selamat digunakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, ubat tradisional tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan ubat tersebut kepada anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya sarankan untuk berhenti meneruskan penggunaan ubat tradisional dan nasihatkan anda untuk berbincang dengan doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.