
Sulit
4 tahun
Sakit kepala selepas makan ubat tradisional
Assalamualaikum & Salam sejahtera, saya nak bertanya saya ada membuat rawatan tradisional untuk masalah yang saya hadapi dan diberikan ubat.setelah saya makan ubat kepala saya akan menjadi pening adakah ubat ini bahaya untuk kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala. Untuk makluman anda, sakit kepala mempunyai pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Berdasarkan keterangan anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan mengenai hubungkait antara ubat tersebut dengan sakit kepala yang anda alami. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, anda digalakkan untuk merujuk dahulu kepada doktor sebelum mencuba ubat-ubatan luar bagi mencegah sebarang komplikasi.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.