
Sulit
5 tahun
Sakit kepala selepas makan
sy wanita berumur 25 tahun . sy mengalami sakit kepala selepas makan . dan selepas sy muntahkan makanan yg sy makan kepala dah tak rasa sakit lagi . setiap kali selepas makan mesti akan sakit kepala . boleh sy tahu apa punca dan penyakitnya ? thank you…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami selepas makan ini boleh dipengaruhi oleh faktor alahan makanan, tekanan darah ataupun masalah kekurangan/terlebih gula. Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi melihat sekiranya terdapat masalah seperti tekanan darah rendah, kenicng manis ataupun masalah berkaitan darah. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.