Sulit
3 tahun
Sakit kepala selepas penerbangan
saya lelaki berumur 24 thun, mengalami sakit kepala berterusan sudah hampir 2 minggu saya mengalami sakit kepala…mohon bantuab doc untuk keterangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diperihalkan di atas, sakit kepala yang anda alami setelah 2 minggu berturutan boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Tekanan stress
- Mengalami jangkitan selesma atau virus seperti influenza. Perkara ini boleh berlaku sekiranya anda terdedah dengan persekitaran baru seperti melancong ke luar negara.
- Gejala jet lag yang boleh dihadapi selepas penerbangan, namun perkara ini hanya berlaku pada masa yang singkat.
- Tekanan darah yang tinggi.
- Kurang bersenam
- Posisi ketika tidur yang salah
- Tabiat makan yang lewat.
- Dehidrasi
- Kurang tidur atau rehat
- Penggunaan sesetengah ubat.
- Jangkitan kuman pada otak atau keradangan yang berlaku pada saluran darah kepala.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kejadian sakit kepala boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit atau kondisi mengenai masalah anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini sekiranya ia berlarutan. Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan sakit kepala anda dengan melakukan:
- Kurangkan stress dan tekanan emosi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Sila makan pada waktu yang betul
- Banyakkan minum air
- Kurangkan merokok dan meminum alkohol
- Amalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman
- Elakkan makan makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- Cukupkan waktu tidur dan rehat
- Betulkan posisi tidur seperti menggunakan bantal atau meninggikan bantal anda ketika tidur untuk mengurangkan tekanan darah yang mengalir ke otak dan kepala.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.