
Sulit
4 tahun
Sakit kepala semasa haid dan selepas
hey dr sy ibu kpada 2 anak ,berumur 28 thun saya mengalami sakit kepala sebelah kiri seperti menyejuk dan kadang terasa pening semasa haid pada 22/3 hingga 27/3 dan selapas haid masa juga sakit,namun begitu ia tidak menggangu aktiviti harian saya dan saya tidur pun bagus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab lain yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Pening kepala boleh berpunca dari pelbagai sebab sama ada psikologikal atau pun masalah perubatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.