
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala semasa mengandung
Saya mengandung 8 minggu dan mengalami sakit kepala. Bolehkah ambil panadol?

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Panadol merupakan salah satu nama brand bagi ubat yang dinamakan paracetamol. Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling selamat diambil ketika mengandung. Namun begitu ia mestilah diambil dengan cara yang betul dan tidak melebihi dos yang ditetapkan.
Berkenaan dengan sakit kepala anda, terdapat beberapa punca sakit kepala ketika mengandung, antaranya:
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Tekanan
- Kurang rehat atau kurang tidur
- Migrain
Terdapat satu masalah yang dipanggil pre-eclampsia yang berlaku akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan masalah ini adalah berbahaya terhadap anda dan kandungan jika berlaku.
Oleh itu, saya sarankan agar anda merujuk masalah sakit kepala anda kepada doktor sekiranya ia semakin berlarutan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.