Anonymous
6 tahun
Sakit kepala seperti migrain
Saya wanita , 22 , masa saya tingkatan 1 saya pernah sakit sampai tak boleh berjalan akibat darah beku dilutut tapi selepas sembuh saya jadi sakit kepala seperti migrain cuma tak selalu dalam sebulan 2-3 kali je dia serang ,adakah itu kesan sakit kaki ? Dan apakah rawatan yang perlu saya buat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain
- Perubahan hormon
- Sakit kepala tegang
Oleh sebab sejarah kesihatan anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengenalpasti sekiranya anda mempunyai masalah pembekuan darah. Rawatan kepada sakit kepala anda akan bergantung kepada punca kepada masalah tersebut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































