Sulit
2 tahun
Sakit Kepala Sesangat Serta Muntah Dan Loya
Saya wanita berumur 21tahun , saya ada masalah sakit kepala sesangat serta muntah dan loya , last period saya 21/8 , saya ada terlanjur dgn kekasih hati tetapi bila check pregnant test naik double line tetapi perut saya tak macam orang mengandung , saya ingin mengetahui jawapannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara tanda-tanda kehamilan adalah:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Oleh kerana anda mengalami gejala mual, muntah dan sakit kepala seperti yang saya nyatakan di atas, serta anda juga menyatakan bahawa anda sudah melakukan ujian kehamilan dan menunjukkan hasil positif, jadi berkemungkinan besar anda sedang hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.