
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala Setiap kali Berfikir
Hi doktor,sy ad prtanyaan, sy seorang pnghidap migrain & mdah skit kepala jika brfikir terutama sebelah kanan, tapi pde thun lpas sy mnghadapi masalah yg mmbuatkan sya trlalu takut untuk kenal dengan orang sehinggakan kadang² jantung saya laju & panik yg x dpt dikawal & kadg² sya tiba² mnjadi mrah dan sedih. Adakah itu depression ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang sedang dialami.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, masalah yang anda hadapi tidak semestinya ia adalah depression atau kemurungan. Untuk mengatakan seseorang menghadapi depression, ujian perlu dilakukan di klinik bersama pakar psikiatri. Mungkin juga masalah anda disebabkan oleh perkara berikut:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Sekiranya gejala yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk tindakan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.