Sulit

3 tahun

Sakit kepala, tangan kebas, bdn lesu, pening

Saya wanita berusia 26 thn dan sedang mengandung 5 bulan. Kebelakangan ini, saya kerap merasakan sakit kepala, gelap mata, rasa nak pitam, tgn kanan/kiri kebas dan bdn berasa lemah. Jadi, saya kerap mengambil cuti dan cuti sakit kerana. Majikan pula sudah mula memberi amaran akibat prestasi kerja yang semakin merosot. Saya berasa tertekan dan sedih jadi saya berhsrat untuk mengambil cuti tanpa gaji sehingga saya bersalin. Saya berasa saya boleh menjadi depresi kerana merasa tertekan dengan keadaan sehingga tak mahu berjumpa dengan orang lain dan merasakan saya adalah seorang yang tiada harapan lg… Bolehkah saya mendapatkan surat sokongan daripada doktor bagi menyokong permohonan cuti saya? Ada ke doktor yg boleh memberi surat sokongan seperti ini? Terima ksih.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham keadaan yang anda sedang alami pada masa ini.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk memantau kesihatan anda dan kandungan anda. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Pitam
  • Lemah badan
  • Kebas dan badan lesu
  • Demam
  • Berasa loya dan muntah-muntah

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Anda boleh lakukan aktiviti-aktiviti berikut untuk mengurangkan tekanan anda:

  • Melakukan aktiviti yang dapat mendatangkan perasaan gembira untuk mengalih perhatian anda dari perasaan sedih dan tertekan
  • Meluangkan masa bersama suami ataupun orang-orang yang memberikan aura positif kepada anda
  • Meluahkan perasaan dan kandungan fikiran anda kepada orang yang anda percaya

Jika anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh membantu anda.

Untuk surat sokongan pula, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa secara keseluruhan. Jika selepas pemeriksaan doktor merasakan anda tidak dapat untuk bekerja buat sementara waktu, doktor akan memberikan surat sokongan untuk rujukan majikan anda.

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan dan konsultasi bersama dengan doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

AdobeStock_116742283

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)