
farahinn61
4 tahun
Sakit kepala tanpa sebab yamg datang lebih seminggu
hai doktor. Saya berumur 20 tahun, saya pelik kerana lately sudah sminggu 2 saya asyik sakit kepala, saya sdh check darah tp darah ok , atas bwh tally. Saya nak tahu sbb apa saya sakit kepala ni… sakit dkt bhgian belakang kepala @ atas tmpurung kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini adalah sangat lazim dan kebiasaanyya tidak ada punca yang boleh dikenal pasti. Selain itu, sakit kepala tidak menjadi satu masalah kesihatan yang serius melainkan sekiranya sakit kepala anda disertai dengan masalah sepertu di bawah:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.