
shajmieabdjalil
4 tahun
Sakit kepala, tekak, loya, susah bernafas, badan menggigil
Salam sejahtera, saya wanita berusia 27 tahun. Sejak minggu lepas saya mengalami sakit kepala(rasa berpusing), loya, susah nak bernafas, badan rasa lemah, sakit tekak. Saya ada berjumpa doktor tapi dltor kata tiada apa2 masalah. Tapi masalah saya berlarutan hingga hari ini. Saya tiada demam. Dua hari lepas badan saya menggigil… dua hari berturut menggigil. Badan memang ada sakit2… sakit kepala akan rasa biasanya lepas asar ke malam… tekak memang sentiasa sakit. Bila susah nak tarik nafas tu datang, badan mula jadi lemah…kenapa ye doktor…

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Kami sedia maklum bahawa anda mengalami pelbagai simptom, oleh itu untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.