Anonymous
4 tahun
Sakit Kepala, telinga bengkak
Saya seorg perempuan berumur 18 tahun. Sering mengalami sakit kepala sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sakit kepala saya sudah hilang sejak saya mencabut gigi geraham bongsu yang salah tumbuh (x-ray menunjukkan gigi itu tumbuh secara mendatar). Tapi sejak mei ini saya kerap diserang sakit kepala. Telinga kiri saya turut terdapat bengkak di ‘intertragical notch’ dan cuping telinga. Harap dapat jelaskan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan gejala yang anda alami berkaitan dengan satu sama lain ataupun tidak.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Secara umumnya,kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
Berkenaan dengan telinga bengkak, beberapa soalan kami harus dipertikaikan sebelum membuat keputusan seperti histori kecederaan,sakit telinga/telinga berdesing dan kurang pendengaran.
Oleh itu,untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih