Sulit
3 tahun
Sakit kepala teruk dan keluar darah dari hidung
Selamat sejahtera doktor. Saya wanita berusia 21 tahun dan seorang pelajar. Saya mendapati sekiranya saya melakukan aktiviti berat, terlalu penat, sibuk atau mengalami tekanan, kepala saya akan mula merasakan sakit yang teruk. Selalunya berlaku sebelah kanan kepala dan berlakunya pendarahan dari hidung kanan ketika sakit kepala teruk menyerang. Darah keluar dengan amaun yang tertentu pada masa berlakunya pendarahan tersebut. Sakit kepala teruk yang saya alami setelah sekian lama di bahagian kepala kanan kina terasa di kepala belah kiri. pendarahan yang sama juga berlaku ketika mengalami stress dan sebagainya. Pendarahan yang saya alami boleh dikatakan secara berkala. Harap doktor dapat memberi penjelasan dari permasalahan saya ini, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Tension headache
- Anemia (kurang darah merah)
- Hiperglisemia atau hipoglisemia
- Stress atau tekanan perasaan
Masalah pendarahan dari hidung juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan pada rongga hidung
- Kecederaan di dalam rongga hidung
- Polip hidung
- Bendasing (foreign body) di dalam hidung
- Kanser hidung (nasopharyngeal carcinoma)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Demam
- Hilang deria baru
- Sakit dalam rongga hidung
- Terdapat cecair berbau keluar dari hidung
- Nafas berbau
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.