Sulit
2 tahun
Sakit kepala teruk selapas mandi
Mak saya brumur53 tahun…sudah 3 hari dia sakit kepala sangat teruk apabila terkena air di bahagian kepala…rutin harian dia terganggu boleh sarankan apa yang perlu saya buat?kami dh jumpa doctor dan dpt ubat tahan sakit tp bila x makan sakit tu datang balik… terima kasih semua
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah emak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah emak anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala jenis tegang
- Sakit kepala jenis cluster
- Masalah saluran darah di otak
- Infeksi di otak (meningitis, encephalitis dll)
- Ketumbuhan di otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala